Kontrak Pertama

Kontrak Pertama

Tarikh : 1 Julai 2004 – 30 Jun 2006
Pelanggan: Celcom Malaysia Berhad
Kerja-kerja Penyelengaaran Landskap di 10 Cawangan Celcom di Lembah Kelang

Kontrak berkala yang pertama dianugerahkan kepada Emartech adalah Kerja-kerja Pembersihan dan Penyelenggaraan di 10 Cawangan Celcom di Lembah Kelang untuk tempoh 2 tahun bermula Jun 2004 hingga Mei 2006.

Skop kerja termasuklah pembersihan dan penyelenggaraan ruang pejabat dan kaunter pelanggan termasuk kerja-kerja selenggara lanskap dan sistem M&E untuk 10 cawangan Celcom di sekitar Lembah Kelang.

Kekuatan Emartech menyempurnakan kontrak ini terletak pada semangat kerja berpasukan keseluruhan staf Emartech tidak kiralah yang berpusat di pejabat atau secara kontrak di cawangan.

Projek ini telah memberikan pengalaman mahal kepada Emartech kerana telah memberi pendedahan pertama cara-cara menguruskan kontrak berkala termasuk sistem kontrak dan pelaporan.

Keupayaan melaksanakan kontrak dengan baik telah menyebabkan Emartech sekali lagi dianugerahkan kontrak BMS – Building Maintenance Service untuk tempoh 3 tahun di CIAC (Celcom International Affairs Centre) yang terletak di Axiata Training Centre, KL Sentral, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini


Arkib



There’s no content to show here yet.