Tentang Emartech

Tentang Emartech

Latar Belakang

Emartech Resources Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2000 dan sebuah syarikat kontraktor berdaftar di bawah CIDB semenjak tahun 2006 lagi. 

Ditubuhkan pada 19 Jun 2000. Di awal penubuhan, Emartech memberi tumpuan kepada kerja-kerja senggara sistem hawa dingin.

Dari situ perlahan-lahan Emartech melebarkan kemahiran dalam bidang perkhidmatan senggaraan sistem bangunan Mekanikal.


Nilai dan Budaya

Sedari awal penubuhan, pengurusan Emartech telah menerapkan nilai integriti yang kuat dalam menguruskan kerja-kerja di bawah seliaan kami.

Budaya korporat dijadikan akar dalam pengurusan bagi memastikan semua kerja mengikut aturan dan didokumentasikan mengikut sistem yang telah ditetapkan.

Empati yang tinggi juga diterapkan kepada pasukan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. 

Emartech percaya pengurusan bersistem cara korporat bukan sahaja memberi nilai tambahan baik kepada pelanggan, malah ia juga menyihatkan semua rakan strategi dalam rantaian ekonomi yang kami bina sepanjang masa.


Elektrikal

Melebarkan Sayap

Setelah tiga tahun penubuhan, atas permintaan pelanggan, Emartecsh  mula menyediakan perkhidmatan tambahan iaitu kerja-kerja elektrikal.

Sebagai kontraktor yang bersungguh mahukan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Emartech mula mendaftarkan perniagaan di bawah Suruhan Jaya Tenaga untuk kerja-kerja pendawaian dan elektrikal.


Berkembang

Setelah stabil dalam bidang M&E, dan diatas kepercayaan pelanggan sedia ada, Emartech mula menceburi bidang sivil bagi memenuhi permintaan yang tinggi pada waktu itu.


SST/Inden/LO

Rujukan Pelanggan

Pelanggan Emartech terdiri dari pelbagai agensi kerajaan, syarikat GLC, swasta, perniagaan kecil dan domestik iaitu individu.

Tiada definasi kerja besar atau kecil bagi Emartech. 

Semuanya akan diuruskan dengan penuh dedikasi mengikut masa dan bajet yang dikehendaki oleh pelanggan.



Pengurusan Projek

Semua projek Emartech diuruskan sendiri secara tersusun dan mengikut standard industri dan dipersetujui oleh pelanggan.

Semua kerja didokumentasikan secara teratur untuk memudahkan pelanggan membuat rujukan.

Setelah hampir 20 tahun berada dalam industri ini Emartech telah berjaya menyiapkan semua projek yang dianugerahkan. Tiada sungutan dari pelanggan, malah mereka teruja untuk rekomen dan rujuk Emartech kepada sahabat dan keluarga mereka. 

Bagi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan Emartech, boleh berhubung terus melalui  wasap rantaian sosial media seperti dibawah.

One response to “Tentang Emartech”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terkini


Arkib



There’s no content to show here yet.