Galeri Projek ini diwujudkan sebagai bukti komitmen kami terhadap kecemerlangan dalam industri pembinaan.
Setiap projek yang dipaparkan mempunyai cerita perlaksanaan yang unik. Setiap projek yang dipamerkan menyerlahkan dedikasi kami terhadap inovasi, kemahiran dan kepuasan pelanggan.
Dengan meneroka galeri ini, anda dapat melihat kepakaran serta menilai sendiri perhatian yang Emartech berikan terhadap perincian serta keupayaan untuk menghidupkan impian yang diidamkan.
Membina Rumah Kediaman
Setiap projek rumah dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam standard industri bagi memastikan setiap satu sen yang dilaburkan pemilik rumah dapat dinikmati dalam jangka panjang.
Proses pembinaan dilaksanakan dengan cara tersendiri bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan yang berbeza.
Imej yang dipaparkan bukan sahaja untuk menangkap tarikan estetika rekabentuk rumah tetapi juga perjalanan transformatif dari impian kepada realiti.
7 Mac 2017 – 28 Feb 2018
Kerja-kerja Membina 1 unit Rumah Banglo 2 Tingkat di Lot 22676, Kuang, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Negeri Selangor berkeluasan 536 meter persegi di bawah arkitek AB Kamal Arkitek & Associates.
1 Mac 2019 – 31 Disember 2023 (termasuk tempoh PKP)
Kerja-kerja Membina 1 unit Rumah Banglo 2 Tingkat di Lot 60457, Jalan Batu Muda 18, Taman Batu Muda, Mukim Batu, Kuala Lumpur berkeluasan 410 meter persegi di bawah penyeliaan arkitek RAR Architect & Engineer Sdn Bhd.
1 September 2019 – 30 Jun 2023 (termasuk tempoh PKP)
Kerja-kerja Membina 1 unit Banglo 3 tingkat di No 25, Jalan Mihrab U8/12, Bukit Jeluting, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan berkeluasan 777 meter persegi di bawah arkitek PDA Architects Sdn Bhd.
Mengubah Suai Rumah Kediaman
Pengubahsuaian Rumah adalah satu kebanggaan kami dalam mengubah visi menjadi realiti.
Setiap foto merangkumi ketukangan yang teliti, reka bentuk yang inovatif, dan perhatian kepada pilihan pelanggan.
Imej yang dipamerkan bukan sahaja rumah yang telah diubah suai tetapi gaya hidup yang boleh diperbaharui.
Galeri ini adalah perjalanan visual, menggambarkan cara kami mengubah rumah menjadi tempat perlindungan yang diperibadikan dan menyerlahkan citarasa pelanggan sendiri dalam transformasi rumah mereka.
Bagi bakal pelanggan, ini memberikan jaminan keupayaan kami.
1 Oktober 2023 – 31 Disember 2023
Kerja-kerja Membaiki 1 unit rumah teres satu tingkat di Jalan Ria, Taman Bunga Raya, Kuala Lumpur.
1 Mac 2021 – 31 Disember 2022 (termasuk tempoh PKP)
Kerja-kerja Mengubahsuai 1 unit rumah teres dua tingkat di Seksyen 5C/5, Bandar Baru Bangi, Mukim Kajang, Selangor dengan menambah ruang dapur dan bilik tidur tambahan.
1 September 2019 – 31 Disember 2023
Kerja-kerja Mengubahsuai 1 unitrumah teres dua tingkat di Bukit Rimau
1 Januari 2011 – 1 Mac 2011
Kerja-kerja menambah ruang hadapan di ruang tetamu dan ruang bilik tidur utana bagi 1 unit rumah teres 2 tingkat di Taman Permata, Kuala Lumpur.
1 September 2010
Kerja-kerja Ubahsuai Dapur dan Tandas untuk 2 unit kondominium di Riana Green East, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
1 Ogos 2010
Kerja-kerja Membina Tembok Pagar untuk rumah banglo di Persiaran Keramat Hujung, Kuala Lumpur
31 Ogos 2009
Pelanggan: Bahagian Pendidikan, JKR Wilayah Persekutuan
Kerja-kerja Naiktaraf Bilik Darjah MPV di SMK Taman Yarl, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
28 Februari 2009
Kerja-kerja Mengubahsuai 1 unit kediaman tepi dua tingkat di Jalan PUJ 7/16, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor.
Membekal, Memasang & Menyelenggara Sistem Peralatan M&E
Perkhidmatan Mekanikal & Elektrik kami mewakili kebanggaan kami dalam menyampaikan penyelesaian terbaik bagi bangunan yang memerlukan perkhidmatan ‘one-stop-centre-.
Pasukan kami menyerlahkan kepakaran mereka dalam mencipta ruang yang berfungsi dan cekap tenaga.
Setiap projek yang telah siap adalah bukti komitmen kami terhadap ketepatan dan keselamatan.
Tarikh : 1 November 2010
Pelanggan: Bahagian Elektrikal, JKR Wilayah Persekutuan Kerja-kerja Membaikpulih Sistem Elektrik di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Brickfields, Kuala Lumpur.
Tarikh : 1 Oktober 2010
Pelanggan: Jabatan Seni Taman, DBKL
Kerja-kerja Pemasangan Lampu di Taman Permainan Kanak-kanak (TPPK), Jalan Perisa 4, Taman Gembira, off Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
Tarikh : 1 Disember 2009
Pelanggan:Jabatan Seni Taman, DBKL
Kerja-kerja Membina Feeder Pillar di TPPK, Jalan Kelang Lama, Taman Desa Sri Mahkota dan Taman Sri Bintang, Kuala Lumpur
Tarikh : 30 April 2009
Pelanggan: Jabatan Pengairan Saliran
Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Elektrik di Asrama Seri Inai, Kompleks JPS Ampang, Kuala Lumpur.
Tarikh : 28 Februari 2009
Pelanggan: Encik Zainal Abidin Rahman
Kerja-kerja Pendawaian dan Pemasangan Elektrik untuk Rumah Teres 2 tingkat di No 21, Jalan PUJ 7/6, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Selangor
Tarikh : 1 September 2006
Pelanggan: GDP Special Projects (Architect & Consultant)
Kerja-kerja Memasang Sistem Elektrik di Tingkat 4, Kementerian Dalam Hal Ehwal Negeri, Putrajaya
Tarikh : 11 Nov 2015 – 10 Nov 2016
Pelanggan: JKR Wilayah Persekutuan
Menjalankan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Pembaikan Kerosakan Serta Alat Ganti Sistem Pam Air Bersih Dan Pam Kumbahan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Pusat Latihan Pengurusan Logistik (PLPL) Kem Kinrara, untuk Tempoh Satu (1) Tahun.
Tarikh : 21 Disember 2015 – 20 Mei 2016
Pelanggan: JKR Wilayah Persekutuan
Menjalankankan Kerja-Kerja Operasi Dan Penyelenggaraan Serta Pembaikan Kerosakan Termasuk Sistem Penyaman Udara Dan Bekalan Air Di Pusat Latihan JPM, Lengkok Bellamy, Kuala Lumpur Untuk Tempoh Lima (5) Bulan.
Tarikh : 2 November 2015
Pelanggan: Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia
Kerja-Kerja Membekal Dan Memasang Satu (1) Unit Baru Cooling Water Tower untuk Penghawa Dingin Berpusar Serta Peralatan-Peralatan Yang Berkaitan Di Blok E, Bahagian Rekabentuk Dan Empangan, Ibu Pejabat JPS Malaysia.
Tarikh : 1 Dis 2015 – 30 Nov 2016
Pelanggan: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP)
Kontrak Kerja-Kerja Perkhidmatan Dan Penyelenggaraan Bulanan Penyaman Udara Berasingan Serta Peralatan Secara Komprehensif Di Kompleks Dar-Assadah dan Darul Kifayah, Untuk Tempoh Dua (2) Tahun.
Tarikh : 16 Dis 2013 – 15 Dis 2015
Pelanggan: Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
Perkhidmatan Penyelenggaraan Pendingin Hawa Di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Bagi Tempoh Dua (2) Tahun
Tarikh : 15 Dis 2013 – 30 Dis 2015
Pelanggan: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP)
Kerja-kerja Perkhidmatan Dan Penyelenggraan Bulanan Penyaman Udara Berasingan Di Kompleks Darul Kifayah Dan Assa’adah Bagi Tempoh Dua (2)
Tarikh : 8 Julai 2013 – 30 Julai 2015
Pelanggan: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Perkhidmatan Penyelenggaraan Bulanan Bagi Sistem Penghawa Dingin Di Blok A, B, C, D, E, F, G Dan Saliran Malaysia Bagi Tempoh Dua (2) Tahun
Tarikh : 8 Julai 2013 – 30 Julai 2015
Pelanggan: Jabatan Pengairan Dan Saliran
Membekal Dan Memasang Cooling Tower Dan Peralatan Berkaitan Bagi Unit Hawa Dingin Berpusat Di Ibu Pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur