Ini adalah Lukisan perspektif yang kami bangunkan untuk satu pasangan doktor. Impian puan doktor mahukan sebuah rumah berkonsep ‘homestay’ untuk dijadikan satu pelaburan. Ini bersesuaian dengan lokasi tanah lot di hujung bandar yang bakal menjadi tumpuan pelancong. Buat masa ini mereka tidak bercadang untuk mendiami rumah tersebut kerana tugasan kerja yang memerlukan mereka berbakti jauh di luar bandar. Cadangan awal pula adalah apabila sudah bersara bolehlah ubah tersebut menjadi rumah bersara pula.
Dalam proses membina rumah, menyemak lukisan perspektif adalah penting untuk pemilik, terutamanya apabila rumah yang hendak dibangunkan mengandungi impian dan aspirasi tertentu.
Lukisan perpesktif memberikan pandangan 3D tentang rupa rumah yang telah siap, membantu pemilik menggambarkan hasil akhirnya.
Ia dapat membantu membuat keputusan tentang elemen reka bentuk bagi memastikan segala-galanya sejajar dengan visi yang telah dibangunkan sejak mula berimpian memiliki rumah sendiri.
Dengan lukisan perspektif, sebarang pelarasan boleh dilakukan lebih awal sebeluk pelan lantai dibangunkan.
Lukisan perspektif merupakan antara alat atau tools yang penting dalam proses pembinaan yang boleh menjimatkan banyak masa, wang ringgit dan usaha di sepanjang proses pembinaan.
Apabila hendak membina rumah, mintalah kontraktor anda bangunkan dahulu lukisan perspektif. supaya tiada sesalan apabila reka bentuk yang diimpikan adalah gaya istana, tetapi apabila siap reka bentuk rumah seperti gaya mahkamad di Putrajaya.
Kami memahami kegusaran puan doktor ini rumah idamannya dibina tidak menepati impian. Kerana itulah Lukisan Perspektif dibangunkan agar pemilik rumah ini yakin setiap butiran sejajar dengan apa yang diimpikan. Kami bangunkan lukisan perspektif bukan sekadar untuk memberi lakaran tetapi sebagai tanda komitmen terhadap kebolehpercayaan mereka pada kami untuk memahami keperluan unik mereka yang ada.
Mengapa Lukisan Perspektif Penting?
Lukisan perspektif adalah satu pratonton 3D rumah siap, yang membantu untuk membuat keputusan tentang elemen reka bentuk, reka letak dan estetika keseluruhan. Dengan Lukisan Pespektif ini pemilik dapat bayangkan di tapak rumah mereka bagaimana rumah yang bakal didirikan sebelum kami meletak sebarang batu bata.
Emartech mengeluarkan lukisan perspektif bukan sekadar memenuhi permintaan. Tetapi sebagai cara kami mengolah komitmen dan ketelusan. Lukisan Perspektif adalah satu komunikasi dalam menyampaikan visi yang pemilik rumah miliki.
Untuk membangunkan Lukisan Perspektif, kami melihat pelanggan ini sebagai rakan kongsi dalam perjalanan pembinaan. Input mereka sangat bernilai dari segi idea, keperluan, jangkaan dan budaya yang ingin mereka corakkan dalam rumah mereka sendiri nanti.
Dalam membangunkan Lukisan Perspektif, perincian diberi perhatian dengan penuh teliti bagi memastikan kami dapat menangkap intipati rumah dan reka bentuk idaman pemilik rumah dengan tepat.
Pelarasan boleh dibuat pada lukisan berdasarkan maklum balas mereka nanti.
Alami sendiri proses membina rumah yang bermula apabila impian dan aspirasi dihargai.
Mahanom Mohammad








