Kontraktor yang anda cari!

Mengubah Impian Kepada Realiti

meneroka idea baharu, kesanggupan untuk menyahut cabaran dan memacu kecemerlangan.

Perkhidmatan Kami


Membina Struktur Bangunan

Skop kerja termasuk membersihkan tapak, membina substruktur, superstruktur, kemasan, kelengkapan dan perabot, sistem bangunan dan kerja-kerja luar bangunan.

Mengubahsuai Rumah Kediaman

Skop kerja termasuk mendapatkan kelulusan Majlis dan membina ruang tambahan seperti pelan yang dibangunkan.

Kerja Mekanikal

Skop kerja termasuk membekal, memasang, menyelenggara dan membaiki peralatan mekanikal termasuk kerja penukuran, pengujian dan pentauliahan peralatan mekanikal.

Kerja Elektrikal

Skop kerja termasuk pemasangan sistem pendawaian untuk bangunan, penyelenggaraan, pengujian dan pentauliahan sistem elektrikal termasuk kerja pengujian dan pentauliahan peralatan mekanikal.

Kenapa Emartech

Pengalaman dan Kecekalan dalam menguruskan projek

Bermula sebagai kontraktor penghawa dingin, hari ini, kami telah berjaya meluaskan perkhidmatan dalam pembinaan bangunan lengkap dengan pemasangan sistem mekanikal dan elektrikal secara keseluruhan.

Emartech mempunyai rekod pencapaian yang terbukti melalui pelanggan yang berulang kali kembali, penganugerahan kontrak daripada agensi kerajaan dan organisasi yang bereputasi hingga melayakkan kami menerima anugerah kontraktor dari CIDB dua tahun berturut-turut.

Syarikat telah bertahan dalam perjalanan perniagaan pada tahun 2008 semasa industri menyaksikan kenaikkan mendadak dalam julat yang besar pada harga simen dan besi.

Kami juga telah berjaya mengharungi satu lagi perjalanan pahit semasa PKP 2020-2022, apabila berhadapan dengan cabaran kekurangan tenaga buruh serta peningkatan kos akibat kenaikan kebanyakan bahan mentah utama, namun, Alhamdullillah telah berjaya menyiapkan semua projek yang diberikan walaupun

Kami percaya tiada projek sama ada, terlalu kompleks atau mudah, terlalu besar atau kecil. Matlamat kami untuk setiap projek adalah sama – laksanakan dengan amanah, dedikasi, siap tepat pada masanya dan mengikut belanjawan pelanggan. Kesemuanya adalah hasil nilai dan kualiti perkhidmatan dan digabungkan dengan kemahiran profesional, yang menjadikan kami – syarikat pilihan dalam pasaran.

BUDAYA KERJA DAN PRINSIP INTEGRITI

Keupayaan Emartech


emartech

Pada masa ini, syarikat kami mula diuruskan oleh generasi baharu dengan idea baharu, dibimbing rapat mengikut prinsip syarikat untuk terus kekal berdiri dengan integriti.

Tumpuan Emartech kini adalah menawarkan perkhidmatan kepada pemilik bangunan persendirian terutamanya pemilik rumah.

Matlamat Emartech bukan sahaja untuk mendidik pemilik rumah tentang peraturan dan pematuhan dalam pengubahsuaian dan membina rumah idaman mereka, tetapi juga untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya menyediakan rumah yang selamat untuk didiami keluarga.

KENALI PENGURUSAN TERTINGGI

Kepakaran


Razmy Razak

Pengarah Urusan

Eddyn Hafidz Razmy

Pengurus Projek

MERIT

Pencapaian Industri


MCIEA 2016 – Pengiktirafan Khas

MCIEA 2017, Kontraktor Terbaik

Dari Visi Kepada Realiti

Perjalanan Merealisasikan Impian